Moga berbahagia hingga ke akhir hayat buat kedua mempelai.
Unit Bajet BP KPM
Info Aktiviti Unit Bajet, Bahagian Pembangunan Kementerian Pelajaran Malaysia
Friday, April 27, 2012
Selamat Pengantin Baru Yana
Hari ini, 28 April 2012, Haryana bt Abd Rahim, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Mohd Hafiz Mazlan.
April 2012
26 April 2012, satu jamuan sarapan telah diadakan untuk meraikan staf Unit Bajet, En. Muhammad Ahmar yang akan bertukar ke kementerian lain mulai bulan Mei ini. Selamat bertugas di tempat baru buat Ahmar, semoga akan lebih gembira dan dapat menambah ilmu dan kemahiran disamping mendapat sesuatu yang lebih baik dalam karier dan kehidupan selepas ini.
Ucapan terakhir En. Muhammad Ahmar di Unit Bajet
Kami semua juga memohon ampun dan maaf atas segala kesalahan kami dan amat berterima kasih atas segala sumbangan selama berkhidmat bersama Unit Bajet. Sesungguhnya kami kehilangan seorang pakar komputer, pakar penyedia bayaran dan sifu fotografi di sini. Wish you all the best Ahmar!!!
Labels:
perpisahan
Sunday, March 25, 2012
Mesyuarat Agung Puspanita KPM ke 29
Mesyuarat Agung Puspanita Kementerian Pelajaran Malaysia telah diadakan di Dewan Serbaguna Aras 9 Blok E12, Kompleks E, Putrajaya pada 23 Mac 2012 pukul 9 pagi.
Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Penaung Puspanita KPM, Puan Sri Datin Hajah Noorainee bt Abdul Rahman
Kehadiran ahli amat menggalakkan sehingga tempat duduk yang disediakan tidak mencukupi.
Beberapa anugerah telah diberikan mengikut ketegori-kategori yang dipersetujui oleh jawatan kuasa induk Puspanita.
Cabutan Bertuah juga telah menyediakan sebanyak 98 hadiah istimewa buat ahli yang bertuah.
Di samping itu, pemeriksaan kesihatan percuma juga telah diadakan di lobi dewan buat ahli-ahli.
Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Penaung Puspanita KPM, Puan Sri Datin Hajah Noorainee bt Abdul Rahman
Kehadiran ahli amat menggalakkan sehingga tempat duduk yang disediakan tidak mencukupi.
Beberapa anugerah telah diberikan mengikut ketegori-kategori yang dipersetujui oleh jawatan kuasa induk Puspanita.
Cabutan Bertuah juga telah menyediakan sebanyak 98 hadiah istimewa buat ahli yang bertuah.
Di samping itu, pemeriksaan kesihatan percuma juga telah diadakan di lobi dewan buat ahli-ahli.
Antara barisan petugas yang menunggu ketibaan tetamu kehormat
Puan Norhasimah memberi briefing pada anak buah petugas Bahagian Pembangunan
Gadis Bunga
Nisa bersungguh memberi penerangan
Barisan pemimpin Puspanita KPM
Persembahan tarian dari kumpulan Kebudayaan Puspanita KPM
Gembira dapat cenderahati dari Puspanita
Siti Fatimah, pengedar cenderahati
Mesyuarat bermula
| Sesi usul/cadangan |
| Bagi cenderahati. |
| Seronok la siapa yang dapat cabutan bertuah. Yang tak bertuah semua cabut. |
| Wakil Bahagian Akaun yang dapat anugerah sebab pendaftaran ahli paling ramai. |
Labels:
mesyuarat; puspanita
Tuesday, March 20, 2012
Mesyuarat Agung Mesca 2012
Persatuan Sukan dan Kebudayaan Kementerian Pelajaran Malaysia (MESCA ) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan pada 20hb Mac 2012, di Dewan Serbaguna Aras 9, Blok E2, Kompleks E, Putrajaya.
Kehadiran dalam anggaran 800 orang, melebihi jangkaan. Jadi dewan agak padat pada permulaan majlis..
Kandungan mesyuarat, seperti biasa, pembentangan minit mesyuarat yang lepas, termasuk tentang aktiviti dan kewangan Persatuan.
Usul bertulis, ada 2 sahaja. (kenapa dalam email tak adapun kertas untuk buat usul?)
1. Pemberian sijil mulai tahun ini pada setiap yang ambil bahagian dalam acara anjuran MESCA.
2. Cadangan membuat acara dalam karnival sukan secara berasingan.
Isi mesyuarat lain-lain tk ingat. Kita tunggu minit mesyuarat tahun depan. ;)
Kehadiran dalam anggaran 800 orang, melebihi jangkaan. Jadi dewan agak padat pada permulaan majlis..
![]() |
| Ahli yang duduk di lantai, kerana tidak cukup kerusi. |
![]() |
| Kelihatan barisan ahli jawatankuasa yang bijaksana. |
![]() |
| Pelancaran Kad Ahli MESCA |
Usul bertulis, ada 2 sahaja. (kenapa dalam email tak adapun kertas untuk buat usul?)
1. Pemberian sijil mulai tahun ini pada setiap yang ambil bahagian dalam acara anjuran MESCA.
2. Cadangan membuat acara dalam karnival sukan secara berasingan.
Isi mesyuarat lain-lain tk ingat. Kita tunggu minit mesyuarat tahun depan. ;)
Labels:
mesyuarat
Thursday, March 15, 2012
HARI BERTEMU PELANGGAN (E-PELANGGAN) SECARA MAYA
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Luar Negeri akan mengadakan Program Hari Bertemu Pelanggan Secara Maya (e-Pelanggan) pada 21 Mac 2012 (Rabu), jam 9.00 pagi – 12.00 tengahari menerusi portal rasmi Kementerian iaitu http://www.kln.gov.my di pautan e-Pelanggan. Untuk makluman, laman ini HANYA SESUAIdilayari menggunakan Internet Explorer 7.0+ dengan resolusi 1280 x 800 atau lebih tinggi. Perisian Java diperlukan untuk memulakan perbualan(chat).
Sebarang pertanyaan, cadangan, komen ataupun aduan boleh dikemukakan terus melalui kaunter-kaunter online yang disediakan dan maklumbalas akan diberikan kepada pengadu secara online pada masa tersebut.
Silakan...
Wednesday, March 14, 2012
Perhimpunan Bulanan Bahagian Pembangunan Bil 2/2012
Perhimpunan bulanan telah diadakan pada 15 Mac 2012 bertempat di Auditorium Kompleks E.
Setiausaha Bahagian Dato Haji Mislan bin Tugiu tidak dapat hadir, telah mewakilkan To Puan Hajjah
Rabiah bt Haji Safian, Timbalan Setiausaha Bahagian untuk menyampaikan amanat beliau.
Antara amanat SUB adalah mempertingkatkan Kualiti Budaya Kerja. Cara membuat peningkatan
kualiti adalah melalui beberapa kaedah. Antaranya :
1. Pengetahuan
2. Pendengaran
3. Pembacaan (untuk tambah pengetahuan)
Selain dari itu, setiap individu hendaklah menjadikan diri masing-masing berinovatif & kreatif dan
amalkan budaya kerja yang sepatutnya dalam menghasilkan kerja yang berkualiti.
Bahagian kita antara yang banyak menaikkan tahap star rating kementerian ini juga. Oleh itu kita
perlu terus berusaha memperbaiki budaya kerja kita. Contohnya dalam menepati waktu.
Fail kerja perlu diikuti, kerana fail kerja adalah sangat penting sekiranya ada situasi seperti
pengauditan atau berlaku penyelewengan, rasuah atau salahguna kuasa. Pastinya kita tidak mahu pihak
tertentu mengatakan bahawa kita memerlukan sogokan untuk melancarkan kerja-kerja kita. Nilai-nilai
integriti wajib kita terapkan dalam setiap diri.
Kita sebagai penjawat awam perlu mengelak daripada melakukan perkara-perkara yang boleh
memburukkan dan mencemarkan nama baik institusi pentadbiran seperti berkhalwat, berkelakuan
sumbang, menerima dan memberi rasuah, terlibat dengan kegiatan jenayah dan dadah serta melakukan
gangguan seksual. Inilah antara nilai integriti yang perlu ada pada kakitangan kerajaan khususnya di
Bahagian Pembangunan ini.
Kita adalah saling berhubungkait. Saling memerlukan untuk melengkapkan tanggungjawab kita di
Bahagian ini.
Kita mungkin menghadapi kekangan Manpower. Ini boleh elakkan dengan mempertingkatkan kualiti
kerja masing-masing. Contohnya jika kerja berjalan lancar, akan kurang aduan yang datang dan masa
kita akan dapat kita gunakan untuk menyelesaikan kerja yang diarahkan. Tetapi jika kita banyak
menggunakan masa kita untuk menjawab aduan dan pertanyaan kontraktor, bila masanya kita dapat
menyelesaikan kerja kita? Itu yang menyumbang kepada kelewatan bayaran misalnya.
Kesimpulan dari ucapan/amanat SUB / TSUB kita kali ini adalah, mari kita sama-sama tingkatkan
kualiti kerja kita. Jauhkan rasuah, jangan hampiri rasuah.
Jika ada penambahan isi ucapan yang tidak terkandung dalam huraian di atas, sila tambah di ruangan
komen di bawah. ~ Terima kasih ~
Labels:
perhimpunan
Tuesday, February 28, 2012
CATUR MESCA 2012
Tahniah buat Puan Suhaiza yang menang kategori wanita.
Labels:
sukan
Subscribe to:
Posts (Atom)











